Sunday, March 20, 2016

Hati-Hati Yang Dengki


Sifat dengki akan memakan dan membakar segala amalan dan kebaikan walau setinggi gunung sekalipun. Apabila kita dengki dan sakit hati Allah akan tambah lagi kedengkian dan sakit hati kita dengan penyakit hati yang lain seperti takbur, riak sombong dsb hingga ia akan memadamkan segala nikmat-nikmat kita di dunia.

Kata imam syafie, angkatlah 4 takbir (solat jenazah) kepada orang yang tidak mahu belajar, mendengar atau tidak suka langsung dengan majlis ilmu kerana hatinya mati. Apatah lagi kepada orang-orang yang menyekat majlis-majlis ilmu.

Celakalah orang-orang yang tidak dihidupkan ilmu dan Al Quran di rumahnya kerana yang demikian rumahnya mati kosong .

Selain dari manusia yang hadir, maka malaikat turut hadir di dalam majlis ilmu. Sabda Rasulullah s.a.w.’Sesiapa yang Allah hendak beri kebaikan kepadanya, maka Allah akan beri faham agama kepadanya.

Kata Imam Ghazali, punca orang-orang menjadi takbur dan sombong adalah:

1. Harta
2. Ilmu
3. Amal (bukanlah amalan yang membawa kita ke syurga, tetapi rahmat Allah)
4. Kecantikan
5. Pengaruh

[Ceramah USTAZ YUSRY ARIFFIN]

Nasihat Baik Diikuti













Monday, March 14, 2016

Dunia vs Akhirat


Air yang melekat pada jari setelah jari ditarik keluar dari laut merupakan KEHIDUPAN DUNIA (sebuah FATAMORGANA yang kelihatan mempesona tetapi MEMPERDAYA) manakala air laut yang luas itu adalah KEHIDUPAN AKHIRAT yang HAKIKI dan ABADI.
Mahukan yang sedikit dan segera sirna atau yang banyak dan sentiasa menyegarkan? Tepuk dada tanya IMAN.

Friday, March 4, 2016

Akhlak Buruk Yang Patut Dihindari


AKHLAK BURUK YANG HARUS DIHINDARI :
1. Suka berkata kasar.
2. Berwajah masam dan dahi yang berkerut.
3. Mudah marah tanpa sebab yang dibenarkan oleh agama.
4. Berlebih-lebihan dalam mencela dan menjelek-jelekan.
5. Sifat Angkuh.
6. Mengejek orang lain.
7. Memanggil dengan panggilan dan gelar yang buruk.
8. Menggosip dan membicarakan aib orang lain, lupa terhadap aibnya sendiri.
9. Suka mengadu domba (memfitnah).
10. Menyebarkan berita yang tidak diketahui kebenaran tanpa memeriksa terlebih dahulu, padahal dia mampu melakukan itu.
11. Suka mencari informasi yang tidak bermanfaat bagi dunia dan akhiratnya.
12. Suka bermuka dua di hadapan manusia.
13. Suka berprasangka buruk (Su'udzhan) tanpa alasan yang dibenarkan oleh agama.
14. Suka menyebarluaskan rahsia yang seharusnya dia jaga.
15. Tidak mahu menerima alasan orang lain yang berbuat salah kepadanya.
16. Saling menjauhi dan menjaga jarak dengan saudaranya tanpa sebab yang jelas.
17. Suka hasad dan dengki.
18. Kurangnya rasa malu.
19. Kikir.
20. Suka mengungkit pemberian.
21. Melanggar janji.
22. Suka berdusta.
23. Terlalu bergurau berlebih-lebihan di luar batas agama.
24. Sombong kerana nasab yang tinggi.

Semoga kita dijauhkan dari akhlak yang buruk.